Tuesday, March 31, 2009

:.SIAPA PROF.MADYA DR.HASHIM MUSA???.:


...Siapa tak kenal dengan nama penulis besar seperti Prof.Madya. Dr Hashim Musa. beliau merupakan seorang tokoh penulis yang terkenal yang telah menempa nama diperingkat kebangsaan dan antarabangsa..kalau korang nak tau..Prof dilahirkan pada tahun 1945 di negeri Cik Siti Wan Kembang..beliau telah bertemu jodoh dengan Rosnah binti Mohd Doh dan dikurniakan 6 orang cahaya mata yang kesemuanya berjaya dalam bidang masing2..alhamdulillah=)

fakta ttg prof.madya:


Beliau merupakan seorang Profesor di Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, lulusan Universiti Malaya (B.A. (Hons.) (1972), Ph.D. (1987), Cert. of Standarad Arabic (Fusaha), American University Cairo (1987), Sijil Guru (Bahasa Inggeris), Malayan Teachers College Kuala Lumpur.(1966).

Beliau pernah menjadi Profesor di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (1995-2006), juga pernah menjadi Pengarah/Dekan Akademi Pengajian Melayu dan Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial , Universiti Malaya, menjadi Research Fellow dan mengodit kursus Ph.D. di University of Califonia, Berkeley (1980), Research Fellow di School of Oriental and African Studies University of London (1992), Research Fellow di Universiti al-Azhar Kaherah (1987), dan Research Fellow di KITLV Leiden, Holland (1993), dan pernah menerima anugerah Fubright Malaysian Islamic Scholar Award (1995) ditempatkan di Department of Middle Eastern Studies University of Callifornia Barlekey dan Department of Religion di Temple University Pennslyvania U.S.A. Juga pernah menjawat Senoir Visiting Reseach Fellow (Visiting Profesor) di International Institute for Asian Studies, Leiden, Holland (1999).

Di samping mengajar di Akademi Pengajian Melayu, beliau juga menjalankan kursus Sarjana Pengajian Peradaban di Fakulti Sastera dan Sosial Sains Universiti Malaya iaitu dalam bidang saians peradaban dan peradaban Melayu.

0 comments:

Post a Comment