Di akhir pertemuan kami..Prof. memberikan sedikit kata-kata nasihat kepada kami tentang peri pentingnya membaca..Prof juga ada memberikan sedikit nasihat untuk menjadi penulis kepada golongan muda..jom kita tgk apa prof cakap..hehhee;p
Menurut Prof.Dr Hashim Musa, membaca merupakan satu langkah penting dalam membentuk minat seseorang untuk menulis. Amalan membaca perlu dijadikan salah satu kegiatan yang berfaedah dalam kehidupan seharian. Ini kerana, untuk menghasilkan sesebuah karya yang bermutu, kita perlu mendalami setiap ilmu bagi memastikan penulisan yang dihasilkan mempunyai nilai ilmu yang berguna. Selain itu, membaca juga merupakan jaringan kepada pembentukan minda masyarakat. Justeru, minat membaca seharusnya dipupuk sejak dari kecil lagi. Ini bertepatan dengan peribahasa, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam membentuk minat membaca dalam kalangan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik dalam menerapkan minat tersebut dalam diri anak-anak dengan turut sama membaca di perpustakaan dan mengunjungi kedai-kedai buku bersama anak-anak mereka. Amalan ini secara tidak langsung dapat memupuk minat mereka dan menjadikan ia sebagai satu kebiasaan.
Buku-buku yang dijadikan bahan bacaan juga perlu dipantau oleh ibu bapa. Ibu bapa seharusnya memilih bahan bacaan yang berguna kepada anak-anak mereka. Bahan-bahan bacaan tersebut seharusnya mengandungi unsur nilai moral dan pengajaran yang tinggi dan mendatangkan manfaat dan ilmu yang berguna kepada anak-anak. Amalan membaca juga dapat mengelakkan anak-anak khususnya golongan remaja terjebak dalam gejala sosial seperti melepak, menagih dadah dan sebagainya. Ini kerana, dengan membaca, anak-anak dapat mengisi masa lapang dengan sesuatu yang bermanfaat. Ilmu yang diperolehi sewaktu pembacaan dapat mengajar dan membuatkan mereka berfikir peri pentingnya menghargai masa dalam kehidupan seharian.
Nasihat kepada penulis muda:

Prof.Dr juga turut menasihatkan para penulis muda supaya sentiasa membaca untuk menjadi penulis yang baik. Ini kerana, melalui pembacaan, ilmu dapat dipertingkatkan dan idea untuk menulis akan datang dengan sendirinya jika kita berilmu.
Menurut Prof.Dr lagi, dalam melahirkan penulis yang berjaya, setiap penulis harus berpegang pada prinsip keislaman. Setiap penulis harus jujur dan ikhlas dengan setiap penulisannya. Ilmu yang disampaikan perlu mengikut nilai dan moral yang diutamakan dalam Islam. Ini kerana, ilmu merupakan sesuatu yang berharga dan mesti diperturunkan dengan sebaik yang mungkin untuk disampaikan kepada pembaca. Justeru, setiap penulis harus mengikut nas dan landasan-landasan yang digariskan dalam Islam.
Untuk berkecimpung dalam bidang penulisan, penulis muda juga perlu menghayati sebaik mungkin dunia penulisan. Penulisan perlu diterapkan dengan nilai-nilai kemanusiaan yang dapat memberi manfaat kepada pembaca. Justeru, penulis muda perlu mendalami sesuatu ilmu dengan membuat penyelidikan dan bukanlah bergantung kepada bahan rujukan yang ada semata-mata. Penulis perlu keluar dari kepompong dunianya dan perlu mencari ilmu di pelbagai tempat untuk mendalami sesuatu ilmu dengan sebaik mungkin. Pengalaman yang diperoleh di tempat lain sedikit sebanyak membantu penulis muda memperoleh sesuatu yang berguna untuk dijadikan manuskrip penulisan mereka pada masa akan datang. Ini merupakan sesuatu yang perlu dititikberatkan kerana garapan sesebuah penulisan akan menjadi lebih berkesan jika kita cuba untuk menghadapi sendiri pengalaman tersebut.

0 comments:
Post a Comment